Sunday, 18 October 2015
KESIMPULAN
Kajian yang dilakukan ini memberikan kami pelbagai pengalaman baru dan menarik mengenai zaman kegemilangan kesultanan melayu melaka. Tugasan ini menggerakkan kami untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, kami menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan dan kegemilangan negara kita adalah melalui pemimpin negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pentadbiran di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab,bekerjasama, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan dan kegemilangan negara kita adalah melalui pemimpin negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pentadbiran di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab,bekerjasama, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
RUJUKAN
1 Wan Hashim Wan Teh,1986,Masyarakat pribumi sudah wujud di Malaysia sejak ribuan tahun yang lalu,IBKKM,UKM,Bangi,Selangor.Lihat juga Wan Hashim Wan Teh,1996,Tamadun silam dan pembinaan tamadun abad kedua puluh satu,Bangi:Penerbit UKM
2 Hashim Musa,2001,Merenkonstruksi tamadun melayu,islam: ke arah pembinaan sebuah tamadun dunia alaf ketiga,Kuala Lumpur: Akademi pengajian melayu
3 Mardiana Nordin, Hasnah Hussin (2014), Pengajian Malaysia.Shah Alam: OxfordFajar Sdn.Bhd.
4 Mary Tan Swee Ee (2011), Xpress 2011 PMR Sejarah. Petaling Jaya,Selangor:Sasbadi Sdn.Bh
5 :www.management.utm.my/download/doc_view/97-tradisi-keilmuan-dan-pendidikan-dalam tamadun-melayu-di-nusantara.html pendidikan zaman kesultanan melayu melaka
PENGAJARAN DAN KESAN DARI TOPIK
1. Ada iktibar menarik dalam kisah bersejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pada 1511 Masihi.
2. Armada laut Portugis telah mengepung perairan ke pelabuhan Melaka, antara pusat dagangan antarabangsa yang terbesar ketika itu.
3. Portugis membedil dengan meriam bertalu-talu sehingga mengakibatkan kerosakan besar pada prasarana kota Melaka, harta benda dan jiwa.
4. Kemusnahan tadi membuat orang Melaka berasa hairan dan takjub akan kehebatan peluru meriam.
5. Betapa tidak! Selama 100 tahun merajai Dunia Melayu, kerajaan Melayu Melaka tidak pernah berhadapan persenjataan baru seperti yang digunakan feringgi (orang Portugis dalam istilah Arab ketika itu).
6. Pengalaman Melaka hanyalah berperang di darat dengan menggunakan senjata tajam seperti parang, keris dan lembing.
7. Di laut, tentera Melaka melawan serangan lanun dengan cara merapati kapal lawan, kemudian menyerbu masuk ke dalam kapal. Semuanya menggunakan senjata tradisional.
8. Kerajaan Melayu Melaka muncul sebagai kuasa di rantau Melayu ketika itu setelah mengalahkan dan menakluk banyak kerajaan pesisiran Tanah Melayu, Sumatera sehingga ke barat Jawa.
9. Malah, tentera Melaka juga berjaya mematahkan serangan tentera Siam yang cuba bertapak ke selatan.
10. Kuasa yang semakin kuat itu telah membolehkan kerajaan Melayu Melaka mengawal perdagangan laut, terutama Selat Melaka.
11. Pengaruh Melaka semakin menyerlah setelah rajanya memeluk agama Islam. Ia menjadi pusat penyebaran Islam.
12. Pengaruh kerajaan Melayu Melaka dikembangkan lagi menerusi perkahwinan diraja.
13. Semua kejayaan itu menjadikan kerajaan Melayu Melaka terlalu yakin mengenai kehebatannya daripada sebarang ancaman.
14. Kemakmuran mencetuskan keselesaan hidup sehingga raja dan pembesar Melaka mengambil sikap menutup diri.
15. Melaka berbaik-baik dengan Dinasti Ming dari China yang menawarkan 'perlindungan'.
16. Kemakmuran dan nama Melaka mengharum sebagai 'Venice di Timur' menurut catatan segelintir pengembara Eropah sehingga telah menarik perhatian besar kuasa-kuasa Eropah.
17. Setelah membuat perancangan rapi, armada Portugis dengan teknologi baru telah memerangkap kerajaan Melayu Melaka yang kurang bersedia.
18. Selain kapalnya yang tegap dan kukuh, Portugis telah membedil dengan meriam dari jarak jauh ke arah pelabuhan Melaka tanpa perlu turun ke darat.
19. Apabila tentera Portugis akhirnya mendarat, sebahagian besar pertahanan Melaka sudah lumpuh dan mudah dikalahkan.
20. Ternyata kekalahan kerajaan Melayu Melaka ada kaitan dengan sikap menutup diri sehingga gagal memanfaatkan perkembangan terkini.
21. Namun, ini bukan kelemahan Kesultanan Melayu Melaka semata-mata.
22. Dunia Islam yang berpusat di Timur Tengah ketika itu turut dicengkam fenomena yang sama.
23. Sesudah 700 tahun menyumbang sebuah peradaban kepada dunia dan kemanusiaan, kekuasaan Islam menjadi lemah.
24. Empayar Uthmaniah berpusat di Turki berkecai sesudah Perang Dunia Pertama (1914-1918) iaitu awal abad ke-20 Masihi.
25. Sebelumnya, perkembangan Islam begitu pesat. Daripada abad ketujuh, dari Semenanjung Arab Islam menakluk Syria, Palestin, Mesir dan Afrika Utara, kemudian mara ke Barat Iran dan jazirah Arab.
26. Dari Afrika pula, Islam berkembang ke Sepanyol dan Portugal serta hampir bertapak di Perancis di abad kelapan, kemudian tersebar ke Sicily dan masuk ke Italy sampai ke Rome pada abad kesembilan.
27. Malah, tentera Islam di bawah kaum Tartar berjaya menakluki bahagian Russia di Eropah Utara pada abad ke-12 sampai akhir abad ke-15.
28. Kebangkitan Islam Turki di bawah empayar Uthmaniah memuktamadkan kejayaan Islam ke atas sisa Empayar Rom iaitu Bizantium di Constantinople (kini Istanbul) pada 1453.
29. Daerah-daerah yang dahulunya dipengaruhi peradaban lama seperti Greek, Farsi dan India kini dikuasai Islam.
30. Hal ini membolehkan berlakunya pemindahan ilmu dan sains yang dimanfaatkan oleh umat Islam lewat proses penterjemahan dan kegiatan cendekiawannya.
31. Selanjutnya, pembukaan pusat- pusat pendidikan di wilayah Islam menarik minat dan kehadiran dari luar, termasuk daripada kalangan bukan Muslim yang membawa pulang bahan keilmuan dan sains yang sudah diterjemahkan ke bahasa Arab.
32. Di Eropah, minat belajar bahasa Arab bertambah kerana tujuan itu.
33. Eropah juga menterjemahkan sendiri bahan itu ke bahasa masing-masing.
34. Kesannya, kegiatan penterjemahan lebih berkembang di Eropah daripada di Dunia Islam sendiri.
35. Namun, seperti Melaka, keselesaan khalifah dan pembesar menimbulkan sikap kurang peduli pada perkembangan di luar Dunia Islam dan terperangkap dengan rasa puas hati dan cukup diri.
2. Armada laut Portugis telah mengepung perairan ke pelabuhan Melaka, antara pusat dagangan antarabangsa yang terbesar ketika itu.
3. Portugis membedil dengan meriam bertalu-talu sehingga mengakibatkan kerosakan besar pada prasarana kota Melaka, harta benda dan jiwa.
4. Kemusnahan tadi membuat orang Melaka berasa hairan dan takjub akan kehebatan peluru meriam.
5. Betapa tidak! Selama 100 tahun merajai Dunia Melayu, kerajaan Melayu Melaka tidak pernah berhadapan persenjataan baru seperti yang digunakan feringgi (orang Portugis dalam istilah Arab ketika itu).
6. Pengalaman Melaka hanyalah berperang di darat dengan menggunakan senjata tajam seperti parang, keris dan lembing.
7. Di laut, tentera Melaka melawan serangan lanun dengan cara merapati kapal lawan, kemudian menyerbu masuk ke dalam kapal. Semuanya menggunakan senjata tradisional.
8. Kerajaan Melayu Melaka muncul sebagai kuasa di rantau Melayu ketika itu setelah mengalahkan dan menakluk banyak kerajaan pesisiran Tanah Melayu, Sumatera sehingga ke barat Jawa.
9. Malah, tentera Melaka juga berjaya mematahkan serangan tentera Siam yang cuba bertapak ke selatan.
10. Kuasa yang semakin kuat itu telah membolehkan kerajaan Melayu Melaka mengawal perdagangan laut, terutama Selat Melaka.
11. Pengaruh Melaka semakin menyerlah setelah rajanya memeluk agama Islam. Ia menjadi pusat penyebaran Islam.
12. Pengaruh kerajaan Melayu Melaka dikembangkan lagi menerusi perkahwinan diraja.
13. Semua kejayaan itu menjadikan kerajaan Melayu Melaka terlalu yakin mengenai kehebatannya daripada sebarang ancaman.
14. Kemakmuran mencetuskan keselesaan hidup sehingga raja dan pembesar Melaka mengambil sikap menutup diri.
15. Melaka berbaik-baik dengan Dinasti Ming dari China yang menawarkan 'perlindungan'.
16. Kemakmuran dan nama Melaka mengharum sebagai 'Venice di Timur' menurut catatan segelintir pengembara Eropah sehingga telah menarik perhatian besar kuasa-kuasa Eropah.
17. Setelah membuat perancangan rapi, armada Portugis dengan teknologi baru telah memerangkap kerajaan Melayu Melaka yang kurang bersedia.
18. Selain kapalnya yang tegap dan kukuh, Portugis telah membedil dengan meriam dari jarak jauh ke arah pelabuhan Melaka tanpa perlu turun ke darat.
19. Apabila tentera Portugis akhirnya mendarat, sebahagian besar pertahanan Melaka sudah lumpuh dan mudah dikalahkan.
20. Ternyata kekalahan kerajaan Melayu Melaka ada kaitan dengan sikap menutup diri sehingga gagal memanfaatkan perkembangan terkini.
21. Namun, ini bukan kelemahan Kesultanan Melayu Melaka semata-mata.
22. Dunia Islam yang berpusat di Timur Tengah ketika itu turut dicengkam fenomena yang sama.
23. Sesudah 700 tahun menyumbang sebuah peradaban kepada dunia dan kemanusiaan, kekuasaan Islam menjadi lemah.
24. Empayar Uthmaniah berpusat di Turki berkecai sesudah Perang Dunia Pertama (1914-1918) iaitu awal abad ke-20 Masihi.
25. Sebelumnya, perkembangan Islam begitu pesat. Daripada abad ketujuh, dari Semenanjung Arab Islam menakluk Syria, Palestin, Mesir dan Afrika Utara, kemudian mara ke Barat Iran dan jazirah Arab.
26. Dari Afrika pula, Islam berkembang ke Sepanyol dan Portugal serta hampir bertapak di Perancis di abad kelapan, kemudian tersebar ke Sicily dan masuk ke Italy sampai ke Rome pada abad kesembilan.
27. Malah, tentera Islam di bawah kaum Tartar berjaya menakluki bahagian Russia di Eropah Utara pada abad ke-12 sampai akhir abad ke-15.
28. Kebangkitan Islam Turki di bawah empayar Uthmaniah memuktamadkan kejayaan Islam ke atas sisa Empayar Rom iaitu Bizantium di Constantinople (kini Istanbul) pada 1453.
29. Daerah-daerah yang dahulunya dipengaruhi peradaban lama seperti Greek, Farsi dan India kini dikuasai Islam.
30. Hal ini membolehkan berlakunya pemindahan ilmu dan sains yang dimanfaatkan oleh umat Islam lewat proses penterjemahan dan kegiatan cendekiawannya.
31. Selanjutnya, pembukaan pusat- pusat pendidikan di wilayah Islam menarik minat dan kehadiran dari luar, termasuk daripada kalangan bukan Muslim yang membawa pulang bahan keilmuan dan sains yang sudah diterjemahkan ke bahasa Arab.
32. Di Eropah, minat belajar bahasa Arab bertambah kerana tujuan itu.
33. Eropah juga menterjemahkan sendiri bahan itu ke bahasa masing-masing.
34. Kesannya, kegiatan penterjemahan lebih berkembang di Eropah daripada di Dunia Islam sendiri.
35. Namun, seperti Melaka, keselesaan khalifah dan pembesar menimbulkan sikap kurang peduli pada perkembangan di luar Dunia Islam dan terperangkap dengan rasa puas hati dan cukup diri.
Monday, 31 August 2015
1.8 KEJATUHAN MELAKA
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa,India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumatkan kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah , ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.
1.7 FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
Kemunculan Melaka sebagai
sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu:
(i) Faktor semula jadi atau
geografi
(ii) Faktor ekonomi
(iii) Faktor politik
Faktor Semula Jadi atau Faktor
Geografi
Kegemilangan Melaka dalam aspek
perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang terletak di
tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa dan sekali gus berperanan sebagai
penyambung pasaran perdagangan utama dunia pada waktu itu, iaitu di antara
benua India dengan benua China.Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi
kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’, iaitu pertembungan dua angin monsun
utama yang membantu pelayaran, iaitu Angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada
bulan November hingga Mac dan Angin Monsun Barat Daya yang bertiup pada bulan
April hingga Oktober. Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu kelebihan
kerana selat ialah sebuah lorong sempit menjadi yang mesti dilalui oleh semua
pedagang untuk ke mana-mana destinasi. Lorong yang sempit menjadikan daratannya
berpotensi besar untuk disinggah. Kelebihan ini ditambah pula dengan kedudukan
Selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada
tiupan angin kencang.Kemasyhuran perdagangan Melaka juga dipengaruhi oleh
kekayaan sumber asli persekitarannya. Sumber ini meliputi hasil hutan seperti
kayu-kayan untuk menghasilkan kayu wangi, damar dan rotan.Orang Melayu pesisir
(disepanjang sungai dan pantai Melaka) memainkan peranan penting sebagai
penjual dan pengedar hasil hutan, manakala pengumpulan hasil hutan sebenarnya
dilakukan oleh masyarakat orang Asli persekitaran yang telah mendiami kawasan
pendalaman sejak zaman prasejarah lagi. Kelompok ini berkemahiran mengenal
pasti jenis-jenis tumbuhan, akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu
barus yang bermutu ataupun yang rosak. Mereka berperanan membawa hasil-hasil
hutan ke pantai, pingir sungai dan kawasan penempatan kampung Melayu di Melaka
dengan menggunakan jalan sungai.Hubungan masyarakat orang Asli dengan orang
melayu dari segi pertukaran barang (sistem barter) menunjukkan bahawa sistem
perdagangan tradisional telah pun wujud di Melaka sebelum muncul sebagai
pelabuhan antarabangsa.Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana
Semenanjung Tanah Melayu kaya dengan sumber galian, khasnya emas.Tempat
perlombongan emas yang banyak telah menjadikan Semenanjung Tanah Melayu masyhur
pada masa dahulu.Tradisi menggunakan warna kuning dalam institusi diraja Melayu
Melaka dan negeri –negeri yang lain juga berkaitan dengan kemewahan pengunaan
emas di istana raja-raja Melayu.Sejak abad pertama lagi ,pedagang-pedagang
India telah mula keluar dan mencari Semenanjung Emas ini apabila bekalan emas
daripada Empayar Rom terhenti (ekoran tindakan Maharajanya yang mengharamkan
eksport emas apabila pengeluaran terhad akibat ketidakaman di
Siberia).Penciptaan kapal-kapal layar yang baik juga turut mendorong
pedagang-pedagang India keluar mencari sumber emas tersebut.Selain emas, bijih
timah juga telah diusahakan semenjak awal Masihi lagi.Terdapat kawasan
lombong bijih timah yang banyak di
Semenanjung Tanah Melayu. Misalnya catatan menyatakan ,sejak abad ke-5 Masihi
lagi bijih timah telah didagangkan ke India untuk dicampurkan dengan
gangsa.Timah digunakan dalam industri pembinaan patung-patung dewa dewi
mereka.Walaupun cara melombomh ketika
itu masih berifat primitive, namun kaedah tersebut tetap mendatangkan keuntungan.Pelabuhan
Melaka berfungsi sebagai pusat pengedaran hasil timah pada dekad-dekad
berikutnya.Di pesisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau.Daun nipah
digunakan untuk menganyam tikar dan atap.Nira nipah digunakan untuk membuat
minuman arak, manakala kayu bakau dijadikan kayu api.Kedudukan geografi
Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan
pertumbuhan plankton,iaitu tumbuhan laut yang menjadi makanan haiwan laut.Hal
ini secara tidak langsung telah menggalakkan pertumbuhan hasil laut.Sebagai
contoh, siput, kerang dan tiram mutiara mudah didapati di sini,sehinggakan
kulit atau cengkerang kowri (kowri atau cowrie ialah sejenis siput laut) pernah
dijadikan mata wang yang meluas sebelum mata wang logam diperkenalkan ketika
itu.Kajian arkeologi menunjukkan cengkerang kowri telah digunakan sejak abad
ke-5 dalam perdagangan dalam rantau ini.Kedatangan pedagang Cina ke rantau ini
turut menggalakkan industri hasil laut kerana makanan (sup) dan perubatan
mereka yang banyak menggunakan akar pokok ‘bahar’ dan juga ‘teriang’.Industri
hasil laut pada ketika itu memperlihatkan peranan Orang Laut. Hal ini kerana
,hanya mereka sahaja yang mengetahui kedudukan hasil-hasil tersebut di dasar
laut dan di sokong dengan kemahiran berenang dan menyelam.Sumbangan mereka
turut menggalakkan perdagangan dan ekonomi di Melaka.
Faktor Ekonomi
Ekoran kedudukannya di
tengah-tengah jalan perdagangan, Melaka dilimpahi kemewahan barang dagangan
dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil seperti rempah, rotan, kayu dan
damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.Hasil, Melaka muncul
sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan
interpot yang maju dan berjaya.
Faktor Politik dan
Pentadbiran
Hubungan rapat antara Melaka
dengan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan
politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam yang kuat pada waktu itu.Melaka juga
mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan
penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang
yang baik dan tersusun, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan
undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.Melaka juga
mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem
cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam
bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan diplomatik. Di samping itu,
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) membolehkan
komunikasi di Melaka berjalan lancar.
1.6 MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG
Kerajaan Melayu Melaka menjadi
terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi
pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka
dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian
timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
Melaka pernah menjadi pusat
perdagangan dunia. Hal ini kerana, kedudukannya yang strategik dan menjadi
pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat, misalnya dari negara
China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
Selain itu, kegiatan
perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan
akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru, Melaka menjadi
tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan
dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
Melaka juga berkembang menjadi
pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak
istana. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa,
perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.
1.5 PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA
Melalui pemahaman terhadap
bentuk pemerintahan awal di Melaka, kita dapat
menggambarkan sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan
dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan
awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di Pertuan’.
Apabila pemerintah kerajaan
Melaka memeluk islam, pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan Shah’.
Jadual menunjukkan pemerintah
Melaka sehingga kejatuhannya.Melaka telah diperintah oleh sembilan orang raja
yang bergelar sultan.
Bilangan Nama Pemerintah Tahun
Pemerintahan
Pemerintahan
1 Parameswara/Iskandar
Syah 1400-1414
2 Sultan Megat/Mahkota
Iskandar Syah 1414-1424
3 Sultan Muhammad Syah 1424-1444
4 Sultan Abu
Syahid 1444-1445
5 Sultan Abu
Muzaffar Syah 1445-1456
6 Sultan
Mansur Syah 1456-1477
7 Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-1488
8 Sultan Mahmud
Syah 1488-1510@1513-1528
9 Sultan
Ahmad Syah 1510-1513
Nama Pemerintah dan Tahun
Pemerintahan Sultan-sultan Melaka Mengikut Pandangan Sarjana Terkini.
Bilangan Nama Pemerintah Tahun Pemerintahan
1 Parameswara/Iskandar
Syah 1262-1281
2 Sultan Makota
Iskandar Syah 1281-1283
3 Sultan Muhammad Syah 1283-1339
4 Sultan
Abu Syahid 1339-1340
5 Sultan
Muzaffar Syah 1340-1378
6 Sultan
Mansur Syah 1378-1449
7 Sultan
Alauddin Riayat Syah 1449-1481
8 Sultan
Mahmud Syah 1481-1510&1513-1528
9 Sultan
Ahmad Syah 1510-1513
Ramai sarjana sejarah bersetuju
bahawa Sultan Iskandar Syah merupakan pemerintah Melaka utama yang memeluk
islam.Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan
dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.
Kuasa dan hak raja berkait
rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat waktu
itu iaitu konsep ‘taat setia’, ‘derhaka’ , ‘daulat’, ‘tulah’, ‘nobat’.Konsep
ini berkait rapat dengan protokol diraja yang melibatkan alat bekesaran dan
bahasa dalam atau bahasa istana.Antara bahasa istana yang digunakan seperti ,
‘titah’, patik’, ‘murka, ‘kurnia’dan
‘anugerah;.Istilah lain pula,’ ‘bersiram,gering,berangkat dan mangkat.
Melaka dikenali sebagai sebuah
kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh
kekuasaannya.Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi
sebagai pentadbir,pelaksana undang-undang dan peraturan menghakimi
perbicaraan,mengawal keselamatan,mentadbir hal ehwal pelabuhan,merancang
hubungan antarabangsa serta melaksanakan protocol dan adat istiadat istana.Raja
dibantu organisasi yang tersusun dan fungsi masing-masing. Sistem ini dipanggil
‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’
Sistem pentadbiran kerajaan
Melaka berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar
utama iaitu Bendara,Penghulu Bendari,Temenggung dan Laksamana∙Peranan
kempat-empat pembesar utama tersebut boleh difahami dengan merujuk kepada
jadual di bawah∙
FUNGSI EMPAT PEMBESAR UTAMA
KERAJAAN MELAYU MELAKA
BENDAHARA
Beliau merupakan menteri utama
yang bertindak sebagai penasihat kanan raja∙ Beliau mestilah berketurunan raja
dan mempunyai pertalian rapat dengan raja∙ Beliau menjadi pemangku raja semasa
ketiadaan raja∙ Bendahara boleh bertindak sebagai Ketua Hakim sekiranya raja
tidak ada∙ Beliau juga berperanan sebagai pemilih dan pelantik raja∙
PENGHULU BENDAHARI
Beliau ialah bendahari kerajaan
yang mengawal perbendaharaan negara∙ Beliau bertanggungjawab memungut cukai dan
hasil negeri∙ Beliau juga meyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua
syahbandar
TEMENGGUNG
Beliau berperanan sebagai
pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan∙ Beliau
juga digelar sebagai Ketua Polis Negara∙ Justeru, beliau menjadi pendakwa
sekiranya berlaku kesalahan individu yang terbukti∙ Dalam soal adat istiadat,
beliau bertindak sebagai ketua protokol∙
LAKSAMANA
Jawatan ini agak baharu
berbanding dengan jawatan-jawatan lain∙Tokoh pertama yang menyandang jawatan
ini ialah Hang Tuah,iaitu semasa perintahan Sultan Mansur Syah∙Laksamana juga
merupakan pahlawan dalam peperangan ,terutama di laut∙ Laksamana digelar ‘raja
di laut’ dan mengetuai semua pahlawan kerajaan∙Beliau bertanggungjawab memikul
pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan
kerajaan∙
Selain empat orang menteri
utama ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti
syahbandar sebagai pegawai pelabuhan,hulubalang besar sebagai panglima perang,
ulama, mandulika ,tentera, mantri, Seri Bija Diraja, bentara, chetria, orang
kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar 8, 16 dan 32 tadi. Corak pentadbiran sebegini
membentuk ‘Sistem Kebangsaan’ di Melaka. Selain kerabat diraja, sistem ini
melahirkan dua golongan masyarakat , iaitu golongan pemerintah dan golongan
diperintah.
Secara keseluruhannya, sistem
pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah.
Wilayah pemerintahan empayar
Melaka terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu:
(a) Kota Melaka
(b) Wilayah-wilayah
pegangan/pemakanan
(c) Wilayah-wilayah taklukan
(d) Jajahan-jajahan takluk
Kota Melaka ditadbir di bawah
pusat petadbiran utama. Wilayah-wilayah pegangan pula merujuk kepada kawasan
yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar tertentu untuk mentadbirnya
sekali gus memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah tesebut. Contoh adalah
seperti yang dipertunjukkan jadual berikut:
Wilayah Pegangan
Pembesar Melaka
Pembesar
Wilayah Pegangan
Bendahara
Bentan, Muar
Laksamana
Siantan, Sungai Raya
Penghulu Bendahari Kampar, Sening
Hujung
Seri Bija Diraja
Singapura
Pentadbiran di wilayah-wilayah
kecil pula dipertanggungjawabkan kepada penghulu-penghulu yang dilantik. Mereka
ini digelar ‘Mandulika’. Wilayah-wilayah yang dimaksudkan ialah Klang, Jeram,
Selangor dan lain-lain.
Sementara itu, jajahan-jajahan
takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti
Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan
meliputi juga Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Bentan, Lingga dan lain-lain
di Sumatera dan kepulauan Riau Lingga. Wilayah-wilayah ini diberi autonomi
untuk mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan daripada
kerajaan Melaka. Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar sejumlah cukai
yang ditentukan.
1.4 PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL
Apabila membuka petempatan di
Melaka,Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan perlabuhan yang
membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.Negara
China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Justeru,sesebuah kerajaan
dianggap beruntung sekira mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
Melaka bernasib baik pada tahun
1403,seorang duta telah tiba dari China,iaitu Yin Ching yang membawa hadiah
untuk Parameswara.Situasi ini membuktikan pengiktirafan daripada negara China
terhadap Melaka.Maharaja Yung Lo,iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming
pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar
saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
Pada tahun 1405,utusan dari
Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China.Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan
pemerintahanya Prameswara ditabalkan sebagai raja.Pada tahun 1409,Laksamana
Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di
samping sebuah prasasti kepada Parameswara.Melaka ialah kerajaan pertama di
Asia yang menerima penghormatan ini.Hubungan baik dengan China dan perkhidmatan
yang diberi memberi peluang kepada
Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan pretijnya.
Selain pengiktirafan Melaka
mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China.Oleh itu,Melaka
terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit
ekoran perlindungan daripada kerajaan China.
1.3 PENGASASAN KESULTANAN MELAKA
Di dalam kajian sejarah terdahulu, Melaka diasaskan
pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh
kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa). Hal ini menyebabkan
putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya
mengundurkan diri hingga ke Temasik(Singapura). Pada waktu itu, Singapura telah
pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Siam.
Pemerintah atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji Singapura, iaitu menantu
kepada Raja Siam sendiri.
Setelah menewaskan penguasa
pulau tersebut,Parameswara telah bertakhta di Singapura.Namun pada tahun 1398,
Ayudhya telah membuat serangan balas terhadap Singapura kemudian, Parameswara
dan pengikutnya mengundurkan diri ke semenanjung Tanah Melayu.Pada mulanya
baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di
Melaka sekitar tahun 1400.
Namun begitu, di dalam kajian
yang mutakhir,terdapat sarjana yang mengemukakan kerajaan Melaka diasaskan pada
tahun 1262.Tarikh baru ini lahir ekoran kajian mendalam terhadap naskhah Melayu
agung iaitu Sulalatus Salatin (edisi Raffles,MS18). Walaubagaimanapun,ketika Parameswara sampai di Melaka,di situ telah pun
wujud sebuah perkampungan nelayan.Parameswara menamakan kawasan tersebut
Melaka,iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka’.
Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Melaka
berasal daripada istilah bahasa Arab,iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat
perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para
pengikutnya.Bermula daripada hingga kepada waris-warisnya,Melaka berkembang dan
kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama pada
abad ke-15.
1.2 KERAJAAN MELAKA
· Kesultanan
Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah
Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman
pra-Islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namun kajian
terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka
kerana kekurangan rekod dan bukti.
· Selain
Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa
buah kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan, Sriwijaya dan
Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang
berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7
hingga ke-13 masihi. Srivijaya merupakan sebuah kerajaan maritime dan
mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta
kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini
merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa
Sanskrit. Bahasa Melayu yang dikenali sebagai ‘Bahasa Melayu Kuno’ juga
berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini.
1.1 KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
Sebelum lahirnya sebuah negara yang berdaulat dan
merdeka dikenali sebagai Malaysia pada hari ini, telah muncul dan berkembang
kerajaan atau kesultanan negeri-negeri melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan
Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar umbi
pembentukan negara Malaysia. Perkembangan kebudayaan kerajaan-kerajaan Melayu
ini meliputi aspek pemerintahan, perundangan,institusi sosial dan ekonomi.
Aspek-aspek tersebut dapat membuktikan bahawa akar pembentukan negara ini telah
lahir beratus-ratus tahun lebih awal.
1.0 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
Sejarah awal negara ini telahpun bermula sejak
beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa
kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman
prasejarah lagi. Di Malaysia, kewujudan zaman Paleolitik dikenal pasti telah
berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu. Antara petempatan awal manusia
adalah di Kota Tampan, Perak, Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah.
Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Mesolitik, zaman Logam
hinggalah zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang pesat di
tanah air sejak Sebelum Masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama.
Perkembangan ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang menyaksikan
perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan pengaruh
Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam.
ISI KANDUNGAN
1.0 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
|
1.1 KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
|
1.2 KERAJAAN MELAKA
|
1.3 PENGASASAN KESULTANAN MELAKA
|
1.4 PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP
AWAL
|
1.5 PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA
|
1.6 MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG
|
1.7 FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
1.8
KEJATUHAN MELAKA
|
Subscribe to:
Posts (Atom)