Monday 31 August 2015

1.5 PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA

Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kita dapat  menggambarkan sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di Pertuan’.
Apabila pemerintah kerajaan Melaka memeluk islam, pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan Shah’.
Jadual menunjukkan pemerintah Melaka sehingga kejatuhannya.Melaka telah diperintah oleh sembilan orang raja yang bergelar sultan.
  
Bilangan                                Nama Pemerintah                      Tahun
Pemerintahan
          1                            Parameswara/Iskandar Syah                         1400-1414
          2                   Sultan Megat/Mahkota Iskandar Syah                   1414-1424
          3                             Sultan Muhammad Syah                              1424-1444
          4                                    Sultan Abu Syahid                                1444-1445
          5                               Sultan Abu Muzaffar Syah                        1445-1456
          6                                     Sultan Mansur Syah                            1456-1477
          7                              Sultan Alauddin Riayat Syah                     1477-1488
          8                                  Sultan Mahmud Syah              1488-1510@1513-1528
          9                                    Sultan Ahmad Syah                             1510-1513




Nama Pemerintah dan Tahun Pemerintahan Sultan-sultan Melaka Mengikut Pandangan Sarjana Terkini.
Bilangan                                      Nama Pemerintah                   Tahun Pemerintahan
       1                                  Parameswara/Iskandar Syah                     1262-1281
       2                                 Sultan Makota Iskandar Syah                    1281-1283
       3                                    Sultan Muhammad Syah                         1283-1339
       4                                          Sultan Abu Syahid                            1339-1340
       5                                       Sultan Muzaffar Syah                          1340-1378
       6                                         Sultan Mansur Syah                           1378-1449
       7                                  Sultan Alauddin Riayat Syah                    1449-1481
       8                                       Sultan Mahmud Syah             1481-1510&1513-1528
       9                                         Sultan Ahmad Syah                           1510-1513

Ramai sarjana sejarah bersetuju bahawa Sultan Iskandar Syah merupakan pemerintah Melaka utama yang memeluk islam.Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.
Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat waktu itu iaitu konsep ‘taat setia’, ‘derhaka’ , ‘daulat’, ‘tulah’, ‘nobat’.Konsep ini berkait rapat dengan protokol diraja yang melibatkan alat bekesaran dan bahasa dalam atau bahasa istana.Antara bahasa istana yang digunakan seperti , ‘titah’, patik’, ‘murka,  ‘kurnia’dan ‘anugerah;.Istilah lain pula,’ ‘bersiram,gering,berangkat dan mangkat.
Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya.Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir,pelaksana undang-undang dan peraturan menghakimi perbicaraan,mengawal keselamatan,mentadbir hal ehwal pelabuhan,merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protocol dan adat istiadat istana.Raja dibantu organisasi yang tersusun dan fungsi masing-masing. Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’


Sistem pentadbiran kerajaan Melaka berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama iaitu Bendara,Penghulu Bendari,Temenggung dan Laksamana∙Peranan kempat-empat pembesar utama tersebut boleh difahami dengan merujuk kepada jadual di bawah∙

FUNGSI EMPAT PEMBESAR UTAMA KERAJAAN MELAYU MELAKA
BENDAHARA
Beliau merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat kanan raja∙ Beliau mestilah berketurunan raja dan mempunyai pertalian rapat dengan raja∙ Beliau menjadi pemangku raja semasa ketiadaan raja∙ Bendahara boleh bertindak sebagai Ketua Hakim sekiranya raja tidak ada∙ Beliau juga berperanan sebagai pemilih dan pelantik raja∙
PENGHULU BENDAHARI
Beliau ialah bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan negara∙ Beliau bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri∙ Beliau juga meyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar
TEMENGGUNG
Beliau berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan∙ Beliau juga digelar sebagai Ketua Polis Negara∙ Justeru, beliau menjadi pendakwa sekiranya berlaku kesalahan individu yang terbukti∙ Dalam soal adat istiadat, beliau bertindak sebagai ketua protokol∙
LAKSAMANA
Jawatan ini agak baharu berbanding dengan jawatan-jawatan lain∙Tokoh pertama yang menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah,iaitu semasa perintahan Sultan Mansur Syah∙Laksamana juga merupakan pahlawan dalam peperangan ,terutama di laut∙ Laksamana digelar ‘raja di laut’ dan mengetuai semua pahlawan kerajaan∙Beliau bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan∙


Selain empat orang menteri utama ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan,hulubalang besar sebagai panglima perang, ulama, mandulika ,tentera, mantri, Seri Bija Diraja, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar  8, 16 dan 32 tadi. Corak pentadbiran sebegini membentuk ‘Sistem Kebangsaan’ di Melaka. Selain kerabat diraja, sistem ini melahirkan dua golongan masyarakat , iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Secara keseluruhannya, sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah.

Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu:
(a) Kota Melaka
(b) Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan
(c) Wilayah-wilayah taklukan
(d) Jajahan-jajahan takluk

Kota Melaka ditadbir di bawah pusat petadbiran utama. Wilayah-wilayah pegangan pula merujuk kepada kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar tertentu untuk mentadbirnya sekali gus memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah tesebut. Contoh adalah seperti yang dipertunjukkan jadual berikut:
                             Wilayah Pegangan Pembesar Melaka
Pembesar                                                      Wilayah Pegangan
Bendahara                                                       Bentan, Muar
Laksamana                                                 Siantan, Sungai Raya
Penghulu Bendahari                                Kampar, Sening Hujung
Seri Bija Diraja                                                       Singapura


Pentadbiran di wilayah-wilayah kecil pula dipertanggungjawabkan kepada penghulu-penghulu yang dilantik. Mereka ini digelar ‘Mandulika’. Wilayah-wilayah yang dimaksudkan ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain.
Sementara itu, jajahan-jajahan takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan meliputi juga Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Bentan, Lingga dan lain-lain di Sumatera dan kepulauan Riau Lingga. Wilayah-wilayah ini diberi autonomi untuk mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan daripada kerajaan Melaka. Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar sejumlah cukai yang ditentukan.





No comments:

Post a Comment