Monday 31 August 2015

1.4 PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL

Apabila membuka petempatan di Melaka,Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan perlabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Justeru,sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekira mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
Melaka bernasib baik pada tahun 1403,seorang duta telah tiba dari China,iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara.Situasi ini membuktikan pengiktirafan daripada negara China terhadap Melaka.Maharaja Yung Lo,iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
Pada tahun 1405,utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China.Kedaulatan  Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahanya Prameswara ditabalkan sebagai raja.Pada tahun 1409,Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara.Melaka ialah kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormatan ini.Hubungan baik dengan China dan perkhidmatan yang diberi memberi  peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan pretijnya.

Selain pengiktirafan Melaka mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China.Oleh itu,Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit ekoran perlindungan daripada kerajaan China. 

No comments:

Post a Comment