Di dalam kajian sejarah terdahulu, Melaka diasaskan
pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh
kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa). Hal ini menyebabkan
putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya
mengundurkan diri hingga ke Temasik(Singapura). Pada waktu itu, Singapura telah
pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Siam.
Pemerintah atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji Singapura, iaitu menantu
kepada Raja Siam sendiri.
Setelah menewaskan penguasa
pulau tersebut,Parameswara telah bertakhta di Singapura.Namun pada tahun 1398,
Ayudhya telah membuat serangan balas terhadap Singapura kemudian, Parameswara
dan pengikutnya mengundurkan diri ke semenanjung Tanah Melayu.Pada mulanya
baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di
Melaka sekitar tahun 1400.
Namun begitu, di dalam kajian
yang mutakhir,terdapat sarjana yang mengemukakan kerajaan Melaka diasaskan pada
tahun 1262.Tarikh baru ini lahir ekoran kajian mendalam terhadap naskhah Melayu
agung iaitu Sulalatus Salatin (edisi Raffles,MS18). Walaubagaimanapun,ketika Parameswara sampai di Melaka,di situ telah pun
wujud sebuah perkampungan nelayan.Parameswara menamakan kawasan tersebut
Melaka,iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka’.
Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Melaka
berasal daripada istilah bahasa Arab,iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat
perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para
pengikutnya.Bermula daripada hingga kepada waris-warisnya,Melaka berkembang dan
kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama pada
abad ke-15.
No comments:
Post a Comment