Monday, 31 August 2015

1.6 MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG

Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Hal ini kerana, kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat, misalnya dari negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru, Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.


No comments:

Post a Comment