Monday 31 August 2015

1.8 KEJATUHAN MELAKA

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa,India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumatkan kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah , ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

1.7 FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu:
(i)                 Faktor semula jadi atau geografi
(ii)                Faktor ekonomi
(iii)               Faktor politik

Faktor Semula Jadi atau Faktor Geografi
Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa dan sekali gus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia pada waktu itu, iaitu di antara benua India dengan benua China.Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’, iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran, iaitu Angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan November hingga Mac dan Angin Monsun Barat Daya yang bertiup pada bulan April hingga Oktober. Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit menjadi yang mesti dilalui oleh semua pedagang untuk ke mana-mana destinasi. Lorong yang sempit menjadikan daratannya berpotensi besar untuk disinggah. Kelebihan ini ditambah pula dengan kedudukan Selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang.Kemasyhuran perdagangan Melaka juga dipengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya. Sumber ini meliputi hasil hutan seperti kayu-kayan untuk menghasilkan kayu wangi, damar dan rotan.Orang Melayu pesisir (disepanjang sungai dan pantai Melaka) memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil hutan, manakala pengumpulan hasil hutan sebenarnya dilakukan oleh masyarakat orang Asli persekitaran yang telah mendiami kawasan pendalaman sejak zaman prasejarah lagi. Kelompok ini berkemahiran mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan, akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus yang bermutu ataupun yang rosak. Mereka berperanan membawa hasil-hasil hutan ke pantai, pingir sungai dan kawasan penempatan kampung Melayu di Melaka dengan menggunakan jalan sungai.Hubungan masyarakat orang Asli dengan orang melayu dari segi pertukaran barang (sistem barter) menunjukkan bahawa sistem perdagangan tradisional telah pun wujud di Melaka sebelum muncul sebagai pelabuhan antarabangsa.Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana Semenanjung Tanah Melayu kaya dengan sumber galian, khasnya emas.Tempat perlombongan emas yang banyak telah menjadikan Semenanjung Tanah Melayu masyhur pada masa dahulu.Tradisi menggunakan warna kuning dalam institusi diraja Melayu Melaka dan negeri –negeri yang lain juga berkaitan dengan kemewahan pengunaan emas di istana raja-raja Melayu.Sejak abad pertama lagi ,pedagang-pedagang India telah mula keluar dan mencari Semenanjung Emas ini apabila bekalan emas daripada Empayar Rom terhenti (ekoran tindakan Maharajanya yang mengharamkan eksport emas apabila pengeluaran terhad akibat ketidakaman di Siberia).Penciptaan kapal-kapal layar yang baik juga turut mendorong pedagang-pedagang India keluar mencari sumber emas tersebut.Selain emas, bijih timah juga telah diusahakan semenjak awal Masihi lagi.Terdapat kawasan lombong  bijih timah yang banyak di Semenanjung Tanah Melayu. Misalnya catatan menyatakan ,sejak abad ke-5 Masihi lagi bijih timah telah didagangkan ke India untuk dicampurkan dengan gangsa.Timah digunakan dalam industri pembinaan patung-patung dewa dewi mereka.Walaupun cara  melombomh ketika itu masih berifat primitive, namun kaedah tersebut tetap mendatangkan keuntungan.Pelabuhan Melaka berfungsi sebagai pusat pengedaran hasil timah pada dekad-dekad berikutnya.Di pesisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau.Daun nipah digunakan untuk menganyam tikar dan atap.Nira nipah digunakan untuk membuat minuman arak, manakala kayu bakau dijadikan kayu api.Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton,iaitu tumbuhan laut yang menjadi makanan haiwan laut.Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan pertumbuhan hasil laut.Sebagai contoh, siput, kerang dan tiram mutiara mudah didapati di sini,sehinggakan kulit atau cengkerang kowri (kowri atau cowrie ialah sejenis siput laut) pernah dijadikan mata wang yang meluas sebelum mata wang logam diperkenalkan ketika itu.Kajian arkeologi menunjukkan cengkerang kowri telah digunakan sejak abad ke-5 dalam perdagangan dalam rantau ini.Kedatangan pedagang Cina ke rantau ini turut menggalakkan industri hasil laut kerana makanan (sup) dan perubatan mereka yang banyak menggunakan akar pokok ‘bahar’ dan juga ‘teriang’.Industri hasil laut pada ketika itu memperlihatkan peranan Orang Laut. Hal ini kerana ,hanya mereka sahaja yang mengetahui kedudukan hasil-hasil tersebut di dasar laut dan di sokong dengan kemahiran berenang dan menyelam.Sumbangan mereka turut menggalakkan perdagangan dan ekonomi di Melaka. 
                          Faktor Ekonomi
Ekoran kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan, Melaka dilimpahi kemewahan barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil seperti rempah, rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.Hasil, Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan interpot yang maju dan berjaya.
                   Faktor Politik dan Pentadbiran
Hubungan rapat antara Melaka dengan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman  Siam yang kuat pada waktu itu.Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan diplomatik. Di samping itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan lancar.

1.6 MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG

Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Hal ini kerana, kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat, misalnya dari negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru, Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.


1.5 PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA

Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kita dapat  menggambarkan sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di Pertuan’.
Apabila pemerintah kerajaan Melaka memeluk islam, pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan Shah’.
Jadual menunjukkan pemerintah Melaka sehingga kejatuhannya.Melaka telah diperintah oleh sembilan orang raja yang bergelar sultan.
  
Bilangan                                Nama Pemerintah                      Tahun
Pemerintahan
          1                            Parameswara/Iskandar Syah                         1400-1414
          2                   Sultan Megat/Mahkota Iskandar Syah                   1414-1424
          3                             Sultan Muhammad Syah                              1424-1444
          4                                    Sultan Abu Syahid                                1444-1445
          5                               Sultan Abu Muzaffar Syah                        1445-1456
          6                                     Sultan Mansur Syah                            1456-1477
          7                              Sultan Alauddin Riayat Syah                     1477-1488
          8                                  Sultan Mahmud Syah              1488-1510@1513-1528
          9                                    Sultan Ahmad Syah                             1510-1513




Nama Pemerintah dan Tahun Pemerintahan Sultan-sultan Melaka Mengikut Pandangan Sarjana Terkini.
Bilangan                                      Nama Pemerintah                   Tahun Pemerintahan
       1                                  Parameswara/Iskandar Syah                     1262-1281
       2                                 Sultan Makota Iskandar Syah                    1281-1283
       3                                    Sultan Muhammad Syah                         1283-1339
       4                                          Sultan Abu Syahid                            1339-1340
       5                                       Sultan Muzaffar Syah                          1340-1378
       6                                         Sultan Mansur Syah                           1378-1449
       7                                  Sultan Alauddin Riayat Syah                    1449-1481
       8                                       Sultan Mahmud Syah             1481-1510&1513-1528
       9                                         Sultan Ahmad Syah                           1510-1513

Ramai sarjana sejarah bersetuju bahawa Sultan Iskandar Syah merupakan pemerintah Melaka utama yang memeluk islam.Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.
Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat waktu itu iaitu konsep ‘taat setia’, ‘derhaka’ , ‘daulat’, ‘tulah’, ‘nobat’.Konsep ini berkait rapat dengan protokol diraja yang melibatkan alat bekesaran dan bahasa dalam atau bahasa istana.Antara bahasa istana yang digunakan seperti , ‘titah’, patik’, ‘murka,  ‘kurnia’dan ‘anugerah;.Istilah lain pula,’ ‘bersiram,gering,berangkat dan mangkat.
Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya.Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir,pelaksana undang-undang dan peraturan menghakimi perbicaraan,mengawal keselamatan,mentadbir hal ehwal pelabuhan,merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protocol dan adat istiadat istana.Raja dibantu organisasi yang tersusun dan fungsi masing-masing. Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’


Sistem pentadbiran kerajaan Melaka berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama iaitu Bendara,Penghulu Bendari,Temenggung dan Laksamana∙Peranan kempat-empat pembesar utama tersebut boleh difahami dengan merujuk kepada jadual di bawah∙

FUNGSI EMPAT PEMBESAR UTAMA KERAJAAN MELAYU MELAKA
BENDAHARA
Beliau merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat kanan raja∙ Beliau mestilah berketurunan raja dan mempunyai pertalian rapat dengan raja∙ Beliau menjadi pemangku raja semasa ketiadaan raja∙ Bendahara boleh bertindak sebagai Ketua Hakim sekiranya raja tidak ada∙ Beliau juga berperanan sebagai pemilih dan pelantik raja∙
PENGHULU BENDAHARI
Beliau ialah bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan negara∙ Beliau bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri∙ Beliau juga meyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar
TEMENGGUNG
Beliau berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan∙ Beliau juga digelar sebagai Ketua Polis Negara∙ Justeru, beliau menjadi pendakwa sekiranya berlaku kesalahan individu yang terbukti∙ Dalam soal adat istiadat, beliau bertindak sebagai ketua protokol∙
LAKSAMANA
Jawatan ini agak baharu berbanding dengan jawatan-jawatan lain∙Tokoh pertama yang menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah,iaitu semasa perintahan Sultan Mansur Syah∙Laksamana juga merupakan pahlawan dalam peperangan ,terutama di laut∙ Laksamana digelar ‘raja di laut’ dan mengetuai semua pahlawan kerajaan∙Beliau bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan∙


Selain empat orang menteri utama ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan,hulubalang besar sebagai panglima perang, ulama, mandulika ,tentera, mantri, Seri Bija Diraja, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar  8, 16 dan 32 tadi. Corak pentadbiran sebegini membentuk ‘Sistem Kebangsaan’ di Melaka. Selain kerabat diraja, sistem ini melahirkan dua golongan masyarakat , iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Secara keseluruhannya, sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah.

Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu:
(a) Kota Melaka
(b) Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan
(c) Wilayah-wilayah taklukan
(d) Jajahan-jajahan takluk

Kota Melaka ditadbir di bawah pusat petadbiran utama. Wilayah-wilayah pegangan pula merujuk kepada kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar tertentu untuk mentadbirnya sekali gus memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah tesebut. Contoh adalah seperti yang dipertunjukkan jadual berikut:
                             Wilayah Pegangan Pembesar Melaka
Pembesar                                                      Wilayah Pegangan
Bendahara                                                       Bentan, Muar
Laksamana                                                 Siantan, Sungai Raya
Penghulu Bendahari                                Kampar, Sening Hujung
Seri Bija Diraja                                                       Singapura


Pentadbiran di wilayah-wilayah kecil pula dipertanggungjawabkan kepada penghulu-penghulu yang dilantik. Mereka ini digelar ‘Mandulika’. Wilayah-wilayah yang dimaksudkan ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain.
Sementara itu, jajahan-jajahan takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan meliputi juga Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Bentan, Lingga dan lain-lain di Sumatera dan kepulauan Riau Lingga. Wilayah-wilayah ini diberi autonomi untuk mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan daripada kerajaan Melaka. Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar sejumlah cukai yang ditentukan.





1.4 PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL

Apabila membuka petempatan di Melaka,Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan perlabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Justeru,sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekira mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
Melaka bernasib baik pada tahun 1403,seorang duta telah tiba dari China,iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara.Situasi ini membuktikan pengiktirafan daripada negara China terhadap Melaka.Maharaja Yung Lo,iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
Pada tahun 1405,utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China.Kedaulatan  Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahanya Prameswara ditabalkan sebagai raja.Pada tahun 1409,Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara.Melaka ialah kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormatan ini.Hubungan baik dengan China dan perkhidmatan yang diberi memberi  peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan pretijnya.

Selain pengiktirafan Melaka mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China.Oleh itu,Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit ekoran perlindungan daripada kerajaan China. 

1.3 PENGASASAN KESULTANAN MELAKA

Di dalam kajian sejarah terdahulu, Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa). Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik(Singapura). Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Siam. Pemerintah atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji Singapura, iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri.
Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut,Parameswara telah bertakhta di Singapura.Namun pada tahun 1398, Ayudhya telah membuat serangan balas terhadap Singapura kemudian, Parameswara dan pengikutnya mengundurkan diri ke semenanjung Tanah Melayu.Pada mulanya baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.
Namun begitu, di dalam kajian yang mutakhir,terdapat sarjana yang mengemukakan kerajaan Melaka diasaskan pada tahun 1262.Tarikh baru ini lahir ekoran kajian mendalam terhadap naskhah Melayu agung iaitu Sulalatus Salatin (edisi Raffles,MS18). Walaubagaimanapun,ketika Parameswara sampai di Melaka,di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan.Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka,iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka’. Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab,iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya.Bermula daripada hingga kepada waris-warisnya,Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama pada abad ke-15.


1.2 KERAJAAN MELAKA

·       Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namun kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.


·       Selain Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan, Sriwijaya dan Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 masihi. Srivijaya merupakan sebuah kerajaan maritime dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu yang dikenali sebagai ‘Bahasa Melayu Kuno’ juga berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini. 

1.1 KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU

Sebelum lahirnya sebuah negara yang berdaulat dan merdeka dikenali sebagai Malaysia pada hari ini, telah muncul dan berkembang kerajaan atau kesultanan negeri-negeri melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar umbi pembentukan negara Malaysia. Perkembangan kebudayaan kerajaan-kerajaan Melayu ini meliputi aspek pemerintahan, perundangan,institusi sosial dan ekonomi. Aspek-aspek tersebut dapat membuktikan bahawa akar pembentukan negara ini telah lahir beratus-ratus tahun lebih awal.

1.0 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA

Sejarah awal negara ini telahpun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi. Di Malaysia, kewujudan zaman Paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu. Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan, Perak, Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah. Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Mesolitik, zaman Logam hinggalah zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang pesat di tanah air sejak Sebelum Masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama. Perkembangan ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam.

ISI KANDUNGAN

 1.0 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
 1.1 KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
 1.2 KERAJAAN MELAKA
 1.3 PENGASASAN KESULTANAN MELAKA
 1.4 PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL
 1.5 PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA
 1.6 MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG
 1.7 FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
1.8    KEJATUHAN MELAKA