Sunday, 18 October 2015

KISAH HANG TUAH DAN HANG JEBAT


KESIMPULAN

Kajian yang dilakukan  ini memberikan kami pelbagai pengalaman baru dan menarik mengenai zaman kegemilangan kesultanan melayu melaka. Tugasan ini menggerakkan kami untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, kami menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan dan kegemilangan negara kita adalah melalui pemimpin negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pentadbiran di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.

Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab,bekerjasama, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

RUJUKAN

1 Wan Hashim Wan Teh,1986,Masyarakat pribumi sudah wujud di Malaysia sejak ribuan tahun yang lalu,IBKKM,UKM,Bangi,Selangor.Lihat juga Wan Hashim Wan Teh,1996,Tamadun silam dan pembinaan tamadun abad kedua puluh satu,Bangi:Penerbit UKM


2 Hashim Musa,2001,Merenkonstruksi tamadun melayu,islam: ke arah pembinaan sebuah tamadun dunia alaf ketiga,Kuala Lumpur: Akademi pengajian melayu

3 Mardiana Nordin, Hasnah Hussin (2014), Pengajian Malaysia.Shah Alam: OxfordFajar Sdn.Bhd.

4 Mary Tan Swee Ee (2011), Xpress 2011 PMR Sejarah. Petaling Jaya,Selangor:Sasbadi Sdn.Bh

5 :www.management.utm.my/download/doc_view/97-tradisi-keilmuan-dan-pendidikan-dalam tamadun-melayu-di-nusantara.html pendidikan zaman kesultanan melayu melaka

PENGAJARAN DAN KESAN DARI TOPIK

1. Ada iktibar menarik dalam kisah bersejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pada 1511 Masihi.

2. Armada laut Portugis telah mengepung perairan ke pelabuhan Melaka, antara pusat dagangan antarabangsa yang terbesar ketika itu.

3. Portugis membedil dengan meriam bertalu-talu sehingga mengakibatkan kerosakan besar pada prasarana kota Melaka, harta benda dan jiwa.

4. Kemusnahan tadi membuat orang Melaka berasa hairan dan takjub akan kehebatan peluru meriam.

5. Betapa tidak! Selama 100 tahun merajai Dunia Melayu, kerajaan Melayu Melaka tidak pernah berhadapan persenjataan baru seperti yang digunakan feringgi (orang Portugis dalam istilah Arab ketika itu).

6. Pengalaman Melaka hanyalah berperang di darat dengan menggunakan senjata tajam seperti parang, keris dan lembing.

7. Di laut, tentera Melaka melawan serangan lanun dengan cara merapati kapal lawan, kemudian menyerbu masuk ke dalam kapal. Semuanya menggunakan senjata tradisional.

8. Kerajaan Melayu Melaka muncul sebagai kuasa di rantau Melayu ketika itu setelah mengalahkan dan menakluk banyak kerajaan pesisiran Tanah Melayu, Sumatera sehingga ke barat Jawa.

9. Malah, tentera Melaka juga berjaya mematahkan serangan tentera Siam yang cuba bertapak ke selatan.

10. Kuasa yang semakin kuat itu telah membolehkan kerajaan Melayu Melaka mengawal perdagangan laut, terutama Selat Melaka.


11. Pengaruh Melaka semakin menyerlah setelah rajanya memeluk agama Islam. Ia menjadi pusat penyebaran Islam.

12. Pengaruh kerajaan Melayu Melaka dikembangkan lagi menerusi perkahwinan diraja.

13. Semua kejayaan itu menjadikan kerajaan Melayu Melaka terlalu yakin mengenai kehebatannya daripada sebarang ancaman.

14. Kemakmuran mencetuskan keselesaan hidup sehingga raja dan pembesar Melaka mengambil sikap menutup diri.

15. Melaka berbaik-baik dengan Dinasti Ming dari China yang menawarkan 'perlindungan'.

16. Kemakmuran dan nama Melaka mengharum sebagai 'Venice di Timur' menurut catatan segelintir pengembara Eropah sehingga telah menarik perhatian besar kuasa-kuasa Eropah.

17. Setelah membuat perancangan rapi, armada Portugis dengan teknologi baru telah memerangkap kerajaan Melayu Melaka yang kurang bersedia.

18. Selain kapalnya yang tegap dan kukuh, Portugis telah membedil dengan meriam dari jarak jauh ke arah pelabuhan Melaka tanpa perlu turun ke darat.

19. Apabila tentera Portugis akhirnya mendarat, sebahagian besar pertahanan Melaka sudah lumpuh dan mudah dikalahkan.

20. Ternyata kekalahan kerajaan Melayu Melaka ada kaitan dengan sikap menutup diri sehingga gagal memanfaatkan perkembangan terkini.

21. Namun, ini bukan kelemahan Kesultanan Melayu Melaka semata-mata.

22. Dunia Islam yang berpusat di Timur Tengah ketika itu turut dicengkam fenomena yang sama.

23. Sesudah 700 tahun menyumbang sebuah peradaban kepada dunia dan kemanusiaan, kekuasaan Islam menjadi lemah.

24. Empayar Uthmaniah berpusat di Turki berkecai sesudah Perang Dunia Pertama (1914-1918) iaitu awal abad ke-20 Masihi.

25. Sebelumnya, perkembangan Islam begitu pesat. Daripada abad ketujuh, dari Semenanjung Arab Islam menakluk Syria, Palestin, Mesir dan Afrika Utara, kemudian mara ke Barat Iran dan jazirah Arab.

26. Dari Afrika pula, Islam berkembang ke Sepanyol dan Portugal serta hampir bertapak di Perancis di abad kelapan, kemudian tersebar ke Sicily dan masuk ke Italy sampai ke Rome pada abad kesembilan.

27. Malah, tentera Islam di bawah kaum Tartar berjaya menakluki bahagian Russia di Eropah Utara pada abad ke-12 sampai akhir abad ke-15.

28. Kebangkitan Islam Turki di bawah empayar Uthmaniah memuktamadkan kejayaan Islam ke atas sisa Empayar Rom iaitu Bizantium di Constantinople (kini Istanbul) pada 1453.

29. Daerah-daerah yang dahulunya dipengaruhi peradaban lama seperti Greek, Farsi dan India kini dikuasai Islam.

30. Hal ini membolehkan berlakunya pemindahan ilmu dan sains yang dimanfaatkan oleh umat Islam lewat proses penterjemahan dan kegiatan cendekiawannya.

31. Selanjutnya, pembukaan pusat- pusat pendidikan di wilayah Islam menarik minat dan kehadiran dari luar, termasuk daripada kalangan bukan Muslim yang membawa pulang bahan keilmuan dan sains yang sudah diterjemahkan ke bahasa Arab.

32. Di Eropah, minat belajar bahasa Arab bertambah kerana tujuan itu.

33. Eropah juga menterjemahkan sendiri bahan itu ke bahasa masing-masing.

34. Kesannya, kegiatan penterjemahan lebih berkembang di Eropah daripada di Dunia Islam sendiri.

35. Namun, seperti Melaka, keselesaan khalifah dan pembesar menimbulkan sikap kurang peduli pada perkembangan di luar Dunia Islam dan terperangkap dengan rasa puas hati dan cukup diri.

Monday, 31 August 2015

1.8 KEJATUHAN MELAKA

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa,India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumatkan kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah , ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

1.7 FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu:
(i)                 Faktor semula jadi atau geografi
(ii)                Faktor ekonomi
(iii)               Faktor politik

Faktor Semula Jadi atau Faktor Geografi
Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa dan sekali gus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia pada waktu itu, iaitu di antara benua India dengan benua China.Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’, iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran, iaitu Angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan November hingga Mac dan Angin Monsun Barat Daya yang bertiup pada bulan April hingga Oktober. Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit menjadi yang mesti dilalui oleh semua pedagang untuk ke mana-mana destinasi. Lorong yang sempit menjadikan daratannya berpotensi besar untuk disinggah. Kelebihan ini ditambah pula dengan kedudukan Selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang.Kemasyhuran perdagangan Melaka juga dipengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya. Sumber ini meliputi hasil hutan seperti kayu-kayan untuk menghasilkan kayu wangi, damar dan rotan.Orang Melayu pesisir (disepanjang sungai dan pantai Melaka) memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil hutan, manakala pengumpulan hasil hutan sebenarnya dilakukan oleh masyarakat orang Asli persekitaran yang telah mendiami kawasan pendalaman sejak zaman prasejarah lagi. Kelompok ini berkemahiran mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan, akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus yang bermutu ataupun yang rosak. Mereka berperanan membawa hasil-hasil hutan ke pantai, pingir sungai dan kawasan penempatan kampung Melayu di Melaka dengan menggunakan jalan sungai.Hubungan masyarakat orang Asli dengan orang melayu dari segi pertukaran barang (sistem barter) menunjukkan bahawa sistem perdagangan tradisional telah pun wujud di Melaka sebelum muncul sebagai pelabuhan antarabangsa.Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana Semenanjung Tanah Melayu kaya dengan sumber galian, khasnya emas.Tempat perlombongan emas yang banyak telah menjadikan Semenanjung Tanah Melayu masyhur pada masa dahulu.Tradisi menggunakan warna kuning dalam institusi diraja Melayu Melaka dan negeri –negeri yang lain juga berkaitan dengan kemewahan pengunaan emas di istana raja-raja Melayu.Sejak abad pertama lagi ,pedagang-pedagang India telah mula keluar dan mencari Semenanjung Emas ini apabila bekalan emas daripada Empayar Rom terhenti (ekoran tindakan Maharajanya yang mengharamkan eksport emas apabila pengeluaran terhad akibat ketidakaman di Siberia).Penciptaan kapal-kapal layar yang baik juga turut mendorong pedagang-pedagang India keluar mencari sumber emas tersebut.Selain emas, bijih timah juga telah diusahakan semenjak awal Masihi lagi.Terdapat kawasan lombong  bijih timah yang banyak di Semenanjung Tanah Melayu. Misalnya catatan menyatakan ,sejak abad ke-5 Masihi lagi bijih timah telah didagangkan ke India untuk dicampurkan dengan gangsa.Timah digunakan dalam industri pembinaan patung-patung dewa dewi mereka.Walaupun cara  melombomh ketika itu masih berifat primitive, namun kaedah tersebut tetap mendatangkan keuntungan.Pelabuhan Melaka berfungsi sebagai pusat pengedaran hasil timah pada dekad-dekad berikutnya.Di pesisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau.Daun nipah digunakan untuk menganyam tikar dan atap.Nira nipah digunakan untuk membuat minuman arak, manakala kayu bakau dijadikan kayu api.Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton,iaitu tumbuhan laut yang menjadi makanan haiwan laut.Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan pertumbuhan hasil laut.Sebagai contoh, siput, kerang dan tiram mutiara mudah didapati di sini,sehinggakan kulit atau cengkerang kowri (kowri atau cowrie ialah sejenis siput laut) pernah dijadikan mata wang yang meluas sebelum mata wang logam diperkenalkan ketika itu.Kajian arkeologi menunjukkan cengkerang kowri telah digunakan sejak abad ke-5 dalam perdagangan dalam rantau ini.Kedatangan pedagang Cina ke rantau ini turut menggalakkan industri hasil laut kerana makanan (sup) dan perubatan mereka yang banyak menggunakan akar pokok ‘bahar’ dan juga ‘teriang’.Industri hasil laut pada ketika itu memperlihatkan peranan Orang Laut. Hal ini kerana ,hanya mereka sahaja yang mengetahui kedudukan hasil-hasil tersebut di dasar laut dan di sokong dengan kemahiran berenang dan menyelam.Sumbangan mereka turut menggalakkan perdagangan dan ekonomi di Melaka. 
                          Faktor Ekonomi
Ekoran kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan, Melaka dilimpahi kemewahan barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil seperti rempah, rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.Hasil, Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan interpot yang maju dan berjaya.
                   Faktor Politik dan Pentadbiran
Hubungan rapat antara Melaka dengan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman  Siam yang kuat pada waktu itu.Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan diplomatik. Di samping itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan lancar.

1.6 MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG

Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Hal ini kerana, kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat, misalnya dari negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru, Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.